PERATURAN UMUM


Sedikit informasi berkaitan Peraturan-peraturan pertandingan Kejohanan 3rdSemarang Cross Country MTB @ Ayer Hitam Johor edisi ke-3 tahun 2018 yang boleh kita kongsi bersama..

PERATURAN UMUM :-
Lain-lain peraturan yang tidak diperuntukkan di dalam perkara-perkara ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola yang mana keputusannya adalah muktamad.
Selain dari peraturan asas, Jawatankuasa Penganjur adalah berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat aktiviti sukan.
Kepada semua peserta adalah DIWAJIBKAN memakai topi keledar basikal yang bersesuaian, saiz tayar dan basikal dalam keadaan baik untuk menghadapi cabaran sewaktu berada di dalam track. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sepenuhnya di atas kelalaian serta kecuaian para peserta sendiri.
Peserta tidak pernah mengalami sakit kronik, sihat tubuh badan sepanjang kejohanan dijalankan.
Peserta akan diberi taklimat/penerangan pertandingan individu dan kumpulan pada pagi kejohanan sebelum acara berlansung.
Segala bentuk keputusan adalah MUKTAMAD.
Hadiah kejohanan serta cabutan bertuah tertakluk kepada penetapan Jawatankuasa Penganjur.
Tiada apa-apa tindakan perundangan yang boleh diambil serta dilakukan terhadap Jawatankuasa Penganjur atau mana-mana individu kejohanan di atas sebab penganjur atau selepas penganjuran atas sebab-sebab kemalangan kepada peserta atau kehilangan barangan milik peserta.

PERATURAN TEKNIKAL :-
Semua peserta dikendaki membawa semua kelengkapan untuk pertandingan termasuk basikal dan peralatan membaik pulih basikal.
Hanya basikal bukit (MTB) dibenarkan serta basikal yang berkaitan termaktub didalam Category yang dibenarkan sahaja.
Peserta adalah disarankan menggunakan tayar berbunga yang sesuai dengan jalan “offroad”.
Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan kepada mana-mana peserta yang tidak mematuhi spesifikasi basikal yang ternyata.
Peserta dikehendaki memasang nombor plat pada basikal dan tidak dibenarkan melipat atau dirosakkan.
Semua peserta diwajibkan memakai nombor plat yang dibekalkan oleh penganjur.
Peserta hendaklah sentiasa mematuhi arahan pegawai teknikal dan marshall yang bertugas di sepanjang pertandingan.
Jika berlaku sebarang kerosakan pada basikal semasa pertandingan, peserta dibenarkan menukar basikal sesama ahli pasukan.
Laporkan kepada marshal bertugas jika anda ingin berhenti dari perlumbaan atas sebab sebab teknikal atau sebagainya.Peserta berkenaan dianggap gagal melengkapkan laluan tetapi LAYAK untuk mendapat medal yang disediakan pihak penganjur.
Berkaitan perkara ini..anda diminta berhubung terus kepada Encik Safreyzal bin Abdullah @ Encik Azizi bin Abdullah untuk tindakan susulan..
Semua peserta akan meletakkan basikal secara teratur di tempat yang dikhaskan oleh pihak penganjur di garisan penamat.
Lain-lain peraturan terkini akan dimaklumkan sebelum pertandingan dimulakan.
Semua peserta perlu mendengar taklimat kejohanan sebelum peserta dilepaskan.
Sebarang keraguan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan dan keputusan yang dibuat adalah muktamad
.
PENDAFTARAN PESERTA :-
Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada
I. Pengurus Pasukan
II. Peserta ( Pengayuh )
Pendaftaran nama peserta hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola ( Seperti diLampiran ).Hanya peserta yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk mangambil bahagian.
Seorang peserta hanya boleh didaftarkan dalam satu pasukan sahaja.
Pertukaran nama peserta boleh dilakukan semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan yang akan diadakan sebelum kejohanan.
Pengurus dan peserta dibenarkan untuk bertanding tetapi perlu didaftarkan sebagai peserta.
Setiap peserta yang berdaftar akan diberi t-shirt, no. plat, kupon makanan dan lain-lain barangan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
Setiap peserta juga akan diberikan medal kejohanan sebagai tanda kenang-kenangan daripada pihak penganjur.
Borang pendaftaran peserta beserta silp transaksi bank bukti pembayaran hendaklah di emailkan/WhatsApp sebelum :
Urusetia Kejohanan
‘ SEMARANG CROSS COUNTRY MOUNTAIN BIKE @ AYER HITAM JOHOR 2018 ‘
Dialamat - No. 2 , Jalan Yong Peng
86100 Ayer Hitam
Johor.
Pertanyaan dan keterangan lanjut sila hubungi :-
Sdr Safreyzal Bin Abdullah 012-7997041@07 7551227
Sdr Azizi Bin Abdullah 017-5478165@07 7551134
atau emailkan kepada safreyzal9673@gmail.com

HAK JAWATANKUASA PENGANJUR :-
Jawatankuasa Penganjur adalah berhak untuk meminda/menambah peraturan peraturan yang difikirkan perlu. Sebarang keputusan adalah muktamad.

LAIN-LAIN HAL :-
Semua perkara yang tidak disebut dalam peraturan-peraturan pertandingan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan dan keputusan adalah MUKTAMAD.
Segala perjudian dan minuman keras adalah diharamkan sepanjang kejohanan ini.Penggunaan sebarang bahan berunsurkan dadah adalah dilarang sama sekali.Tindakan undang-undang akan diambil terhadap individu terlibat.
Setiap peserta dimestikan mengambil insuran bagi peserta-peserta mereka sepanjang kejohanan termasuk perjalanan pergi dan balik. ( Penganjur tidak menyediakan khidmat insuran..)
Diharapkan kepada semua berpuashati dengan peraturan yag disediakan..Sekian untuk tindakan anda semua ..
Terima kasih daripada kami

No comments:

Post a Comment